Skip to main content

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Tuan/Puan,

 

YAA / YA / Tun / Tan Sri / Puan Sri / Datuk Seri / Dato’ Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.        Adalah dimaklumkan bahawa mulai 27 April 2025, Polisi Keselamatan Siber (PKS) Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) akan menggantikan Dasar Keselamatan ICT (DKICT) yang digunakan sebelum ini.

3.        Selain itu, PKS merupakan dokumen rasmi yang telah mendapat kelulusan dan komitmen penuh pihak pengurusan tertinggi. Ia menetapkan panduan dan prosedur dalam memastikan keselamatan maklumat secara menyeluruh dan berkesan.

PKS dibangunkan untuk:

  • Melindungi aset maklumat PKPMP daripada ancaman dan kerentanan siber,
  • Menjamin kerahsiaan, integriti dan ketersediaan maklumat,
  • Mematuhi keperluan undang-undang serta peraturan berkaitan keselamatan siber,
  • Menyediakan kawalan keselamatan berpandukan dasar, pekeliling dan amalan terbaik semasa Kerajaan.

4.        Polisi ini terpakai kepada semua sistem dan persekitaran maklumat PKPMP dan bertujuan mempertingkatkan pengurusan keselamatan data ke tahap yang lebih tinggi dan efisien.

Tindakan Warga:

  1. Membaca dan memahami PKS yang boleh diakses di: https://www.kehakiman.gov.my/sites/default/files/2025-05/PKS.pdf
  2. Mengambil maklum serta mematuhi segala garis panduan dalam PKS.
  3. Menyertai sesi taklimat berkaitan yang akan diumumkan kemudian.
  4. Kerjasama dan perhatian semua warga amat dihargai bagi memastikan pelaksanaan dasar ini dapat berjalan lancar dan berkesan