
Adalah dimaklumkan bahawa semua warga PKPMP WAJIB mematuhi Polisi Clear Desk dan Clear Screen seperti yang telah diperincikan dalam Polisi Keselamatan Siber PKPMP (PKPMP-BTM-ISMS-P1-001). Sehubungan itu, warga PKPMP diminta untuk memastikan perkara berikut:
- Polisi Clear Desk
- Semua dokumen sulit, data rasmi, peralatan storan mudah alih (seperti USB, cakera keras luaran) dan bahan cetak hendaklah disimpan dengan selamat apabila tidak digunakan atau apabila meninggalkan meja kerja.
- Elakkan daripada meninggalkan sebarang dokumen rasmi atau maklumat sensitif di atas meja tanpa pengawasan.
- Polisi Clear Screen
- Skrin komputer hendaklah dikunci (lock screen) setiap kali pengguna meninggalkan tempat kerja, walaupun untuk jangka masa yang singkat.
- Fungsi auto-lock hendaklah diaktifkan mengikut konfigurasi yang telah ditetapkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat.
Adalah digalakkan kepada semua pengguna untuk tidak menyimpan sebarang kata laluan di "web browser" untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang insiden yang tidak dapat dielakkan
Polisi ini adalah sebahagian daripada langkah-langkah pengukuhan keselamatan maklumat dan pengurusan risiko siber PKPMP bagi memastikan kerahsiaan, integriti dan ketersediaan data serta perkhidmatan kerajaan tidak terjejas. Kegagalan mematuhi polisi ini boleh mengakibatkan tindakan tatatertib dan kesan undang-undang seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 7.0 Polisi Keselamatan Siber PKPMP. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada ICTSO atau Bahagian Teknologi Maklumat.