Sila ambil maklum bahawa kawasan Aras 3, Sayap Kiri, Kompleks Mahkamah Shah Alam (melibatkan Bahagian Kebankrapan dan Sivil) kini sedang dalam proses pengubahsuaian ('renovation') yang dianggarkan sehingga bulan November 2025.
Sehubungan dengan itu, sepanjang tempoh pengubahsuaian ini berlangsung, lokasi pendengaran bagi kesemua kes-kes fizikal yang telah ditetapkan di Aras 3, Sayap Kiri kini dijalankan di Bilik Latihan, Aras 2, Bangunan Annexe (Kafe Lama).